Alhamdulillah...
Lega hati ini apabila majlis berjalan dengan baik dan tenang seperti apa yang dirancang...
Syukur Alhamdulillah, ku panjatkan kerana akhirnya dengan izin NYA, kami sah bergelar suami isteri hanya dengan sekali lafaz....
Terima kasih abang kerana menerima diri ini seadanya...
Ayang akan sentiasa ada disisi abang selama nya...
Selagi hayat dikandung badan, kita akan lalui bersama kehidupan...
biar manis, pahit, suka dan duka, ayang janji kita akan kongsi dan tempuh bersama...
Sama sama kita pelihara cinta yang sentiasa mekar dan subur di hati kita...
Luv u so MUCHHHHHH Abang
Ahad, 28 Februari 2010
Akhirnya aku dan Hubby disatukan
Rabu, 17 Februari 2010
Doa Ku BUAT mu SAYANG ku
YA ALLAH, YA RAHMAN, YA RAHIM
YA RAZZAK, YA LATIFF, YA ZAL JALA LI WALIKROMMMM
KURNIAKANLAH KEIMANAN YANG BERKEKALAN BUAT AKU DAN MASNAWI SUAMIKU,
SATUKANLAH HATI KAMI SEPERTI MANA KAU SATUKAN ADAM DAN HAWA,
TABAHKAN LAH KAMI MENGHARUNGI ALAM RUMAHTANGGA SEPERTI IBRAHIM DAN SITI HAJJAR
BAHAGIA DAN DAMAIKANLAH HATI KAMI SEPERTI YUSOF DAN SITI ZULAIKHA
SETIAKAN LAH KAMI KE AKHIR NYAWA SEPERTI SULAIMAN DAN BALQIS
SUCIKANLAH IKATAN PERNIKAHAN INI SEPERTI NABI MUHAMMAD S.A.W DAN SAIDATINA KHADIJAH
SEMOGA KAMI SENTIASA MENDAPAT 1001 RAHMAT, NIKMAT DAN BERKAT
SEMOGA JODOH IKATAN INI BERKEKALAN KE AKHIR USIA KAMI
KURNIAKANLAH KEPADA KAMI ZURIAT YANG SEMPURNA, SOLEH, SOLEHAH DAN MUSLIH DI SISI MU
BERIKANLAH KAMI KETAATAN DALAM MENERIMA QADA' QADAR MU
SEJAHTERA KAN LAH KAMI SEISI KELUARGA
AMPUN KAN LAH SEGALA DOA KAMI SAMA ADA SECARA SENGAJA ATAU TIDAK
AMPUNI DOSA IBU DAN AYAH KAMI
BERKATI LAH HIDUP KAMI
MURAHKAN LAH REZEKI YANG HALAL, BANYAK LAGI BAROKAH
JADIKANLAH KAMI HAMBA YANG SENTIASA BERSYUKUR DENGAN SETIAP PEMBERIAN MU ...
REDHA DAN BERKATI LAH KAMI SEPANJANG MASA
BERIKANLAH KAMI KELAPANGAN WAKTU UNTUK SENTIASA MENGINGATI DAN MENYEBUT NAMA MU..BERZIKIR DAN BERTAHMID KEPADA MU
AMIN...AMIN..AMIN...YA RABBAL ALAMINNN...