Isnin, 27 Oktober 2008

Hadiah Istimewa Untukku...



Alhamdulillah, setelah melalui banyak kenangan bersamanya, aku sempat memiliki apa yang sidia angankan dan juga apa yang aku impikan...

Ini adalah hadiah kenangan terindah buat aku dan sidia yang kini mampu menjadi kenangan manis dan indah antara aku dan sidia..


walaupun semuanya telah berlalu, namun ia tetap milikku...segala nya membawa makna berharga buat ku..

Kini semuanya tinggal hanya tinggal kenangan...namun ia akan tetap aku abadikan dalam kenangan...


Hahahahaha....jangan bersedih...hidup perlu diteruskan...Bangun..bangun...

nak cerita lain sebenarnya....

umah aku dah siap dibina sepenuhnya akhir September baru ni...Rasa macam baru je sign aggrement...tak sangka siap dah....

Alhamdulillah rezeki dan hadiah untuk diri sendiri selama 4 tahun bekerja dengan kerajaan...syukur la...nampak je bertingkat tingkat, tapi yang menjadi milikku hanya satu je...eksen je menayang semua sekali...

Apa apapun, tahniah kepada diri ku kerana berjaya membeli umah yang pertama...hadiah istimewa buat diri sendiri dan ..... insyaallah....

Dan semoga rumah ini sentiasa dipelihara dari ancaman kiri dan kanan, bawah dan atas..semoga penghuni rumah ini juga sentiasa selamat dan di dalam perlindunganNYA...AMIN...

Selasa, 21 Oktober 2008

Jangan Bersedih Lagi

Kekasihku, Jangan bersedih lagi
Keringkanlah titisan air mata di pipimu
Kekasihku, Tabahkan hatimu
Sekalipun tak pernah terduga
Halangan yang melanda, melenyapkan impian bersama
Jangan dikesali atas apa yang terjadi
Mungkin rahmat sebaliknya membuahkan bahagia
Kekasihku, aku tahu kita sama saling percaya
Tidak pernah ada dusta kasih antara kita
Jangan berduka, jangan berdendam pada sesiapa
Bersabarlah menerima segala-galanya dengan redha

Mungkin suatu hari, kita akan bersama lagi
Aku masih mengharap segalanya kan
Berulang semula

Kekasihku, ku tahu
Kita sama saling percaya
Tidak pernah ada dusta
Kasih antara kita
Jangan berduka (kekasihku)
Jangan berdendam pada sesiapa
Bersabarlah menerima
Segala-galanya dengan redha

Cinta Itu Terindah

Hidup ini...
Penuh dengan ranjau berduri
Ada kemanisan, Juga kepahitan
Walau sementara...
Cukup untuk mengajar diri
Lebih bersedia menghadapi dugaan ini

Kau bagaikan sinar yang cerah
Menerangi hidupku
Tanpamu di sisi ku rasa bagaikan hilang
Punca dan arah yang di tuju
Jangan kau mungkiri janji yang kau beri

Cinta itu terindah
Bila saatku bersamamu
Semoga sentiasa membawakan kedamaian
Biarpun berjauhan
Takkan mudah ku melupakan
Kesetiaan ini
Bagiku kau permata asli

Barulah ku merasa...
Getar asmara... Kembalilah untuk selamanya...
Kasih...

Terindah...
Bila saatku bersamamu
Semoga sentiasa membawakan kedamaian
Biarpun berjauhan...
Takkan mudah ku melupakan
Kesetiaan ini...
Bagiku kau permata asli...

PENING..FENIN...PENING NYA KEPALA...

hua hua hua....
nak nangis je rasanya....
hua hua hua...
apa plak kes ni...
hua hua hua...
sedih nya...
hua hua hua...
pilunya rasa...
hua hua hua...
nangis je la...
lega sikit....

Fadhilat Dan Keistimewaan Puasa Enam Di Bulan Syawal

PUASA enam hari pada bulan Syawal adalah kesinambungan kepada ibadat puasa sebulan yang diwajibkan pada Ramadan.

Walaupun tidak berdosa sekiranya tidak dilakukan, tetapi hakikatnya puasa sunat enam hari pada bulan Syawal adalah ibadat yang penuh bermakna, malah ia amalan generasi soleh yang terdahulu.

Nabi s.a.w ada menjelaskan ganjaran kepada mereka yang berpuasa enam hari pada Syawal melalui beberapa hadisnya, antaranya hadis diriwayatkan Muslim yang bermaksud: “Sesiapa berpuasa pada Ramadan, kemudian diiringi dengan (puasa) enam hari Syawal, maka dia seperti berpuasa satu tahun penuh.”

Menerusi hadis lain yang dikeluarkan At-Tabrani dengan sanadnya daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa pada Ramadan dan diiringi dengan puasa enam hari pada Syawal, nescaya hilang segala dosanya seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya.”

Penegasan baginda itu menunjukkan puasa enam hari bulan Syawal amat digalakkan walaupun ia tidak sampai tahap wajib, kerana ganjarannya sangat besar.

Nabi s.a.w sendiri menggalakkan umatnya rajin beribadat, dengan ibadat fardu disusuli dengan amalan sunat. Baginda ada menerangkan Allah S.W.T amat suka kepada hamba-Nya yang rajin beribadat, seperti pada hadis berikut:

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah berfirman yang maksudnya: “Sesiapa yang memusuhi wali-Ku, maka sesungguhnya aku mengisytiharkan perang terhadapnya. Dan tiada seorang hamba-Ku yang bertaqarrub (beramal) kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai hanya dari ia menunaikan semua yang Aku fardukan ke atas dirinya. Dan hendaklah hamba-Ku sentiasa bertaqarrub dirinya kepada-Ku dengan nawafil (ibadat sunat) sehingga Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, nescaya adalah Aku sebagai pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan sebagai penglihatannya yang ia melihat dengannya, dan sebagai tangannya yang ia bertindak dengannya, dan sebagai kakinya yang ia berjalan dengannya. Dan jika ia meminta kepada-Ku nescaya Aku berikan kepadanya, dan jika ia memohon perlindungan kepada-Ku nescaya Aku lindungi.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Jika berpuasa pada Ramadan terpaksa menahan lapar dan dahaga, berpuasa enam hari pada Syawal tidak kurang juga menuntut ketabahan, malah apabila diperhatikan bahangnya lebih terasa kerana ketika berpuasa orang lain ‘berbuka.’

Tetapi sedar atau tidak, ibadat sunat enam hari itu juga adalah penanda aras keimanan dan ketakwaan seseorang terhadap Allah; sanggup berlapar dan dahaga ketika musim orang menikmati aneka juadah, semata-mata kerana menyahut anjuran agama.

Menurut ulama, puasa sunat enam hari pada Syawal sebaik-baiknya (lebih afdal) dilakukan berturut-turut, dimulai pada hari kedua Syawal dan diikuti lima hari lagi berturut-turut.

Tetapi jika tidak dapat, boleh dilakukan pada mana-mana hari asalkan masih di dalam Syawal dan boleh dengan tidak berturut-turut asalkan cukup enam hari.

Sesetengah ulama pula berpendapat puasa enam itu boleh dilakukan secara berselang-seli atau tidak terus menerus sepanjang Syawal.

Ulama juga berbeza pendapat antara puasa sunat enam hari pada bulan Syawal dengan puasa ganti (qada) Ramadan.

Pendapat pertama mengatakan tidak dibolehkan niat puasa ganti bersama puasa sunat Syawal. Ini kerana berdasarkan hadis setiap amalan berdasarkan niat.

Sebagai contoh, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam menggariskan adakah puasa enam boleh diniat sekali dengan puasa ganti: ‘Niat puasa enam tidak boleh disekalikan dengan puasa qada.

Imam As-Syafi’i (di dalam Kitab Al-Umm) berpendapat dalam mensyarahkan bab ‘setiap amalan dengan niatnya’ bahawa: Hendaklah dibezakan ibadat puasa Ramadhan, puasa nazar, puasa kafarah, puasa qada dan puasa sunat.

Imam Jalaluddin As-Suyuti (di dalam Kitab Al-Isybah) juga berpendapat hendaklah diasingkan puasa Ramadan atau nazar atau puasa sunat. Namun, seseorang yang berniat puasa qada ketika Syawal boleh juga dikurniakan pahala puasa enam (tanpa menjatuhkan niat itu) mengikut pendapat sebahagian ulama.’

Pendapat kedua mengatakan dibolehkan niat bersama, malah memadai seseorang yang ingin melakukan puasa qada dan puasa sunat enam hari dengan berniat hanya puasa qada pada bulan Syawal.

Mereka akan mendapat dua ganjaran sekali gus dengan syarat dia perlu berniat puasa qada terlebih dulu. Ini kerana puasa qada adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.

Hal yang sama berlaku ke atas solat tahiyatul masjid. Jika seseorang memasuki masjid dan terus melakukan solat fardu, maka dia akan diberi ganjaran dua pahala sekali gus.

Bekas ketua jawatankuasa fatwa al-Azhar, Sheikh ‘Atiyyah Saqr, berkata seseorang yang tertinggal puasa pada Ramadhan boleh berpuasa sunat enam hari Syawal dengan niat bersama puasa ganti.

Menurutnya, orang yang berpuasa itu akan mendapat ganjaran berganda secara serentak; menggantikan puasa yang ditinggal dan mendapat ganjaran puasa enam hari Syawal.

“Bagaimanapun, dianjurkan seseorang itu menggantikan puasa tertinggal secara berasingan dengan puasa enam hari Syawal (supaya mendapat ganjaran yang lebih),” katanya.

Ada juga ulama berpendapat puasa enam seharusnya didahulukan kerana ia hanya boleh diamalkan pada bulan Syawal saja. Bagi puasa qada, ia boleh dilakukan dalam tempoh 10 bulan berikutnya sebelum tibanya Ramadhan akan datang.

Sesetengah ulama berpendapat, orang yang mempunyai hutang puasa Ramadhan hendaklah ‘membayar’ terlebih dulu, kemudian baru dikerjakan sunat puasa enam. Tidak mendapat sunat puasa enam jika ia juga diniatkan sebagai puasa qada.

Perbezaan pendapat itu sudah tentu memberikan pilihan dan ruang kepada umat Islam dalam melaksanakan amal ibadat, sesuai dengan konsep taysir (kelapangan) yang menjadi satu aspek penting dalam syariah, selagi mana tiada larangan terhadapnya.

Hikmah Puasa Enam Di Bulan Syawal

KELEBIHAN orang yang melakukan ibadat puasa enam di bulan Syawal diterangkan dalam sebuah hadis daripada Abu Ayub al-Ansari bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

“Barang siapa berpuasa Ramadhan kemudian mengiringinya dengan puasa enam hari pada Syawal, adalah puasa itu seperti puasa sepanjang masa” (Hadis riwayat Muslim).

Hadis ini menjelaskan bahawa jika kita berpuasa pada Ramadhan dan diikuti dengan puasa sunat enam hari pada Syawal, seolah-olah kita berpuasa sepanjang masa iaitu selama setahun.

Justeru, umat Islam perlu merebut peluang ini kerana kelaziman amalan sunat dilakukan bertujuan menampal sebarang amalan yang berkurangan atau cacat dalam amalan fardhu.

Mungkin, amalan puasa kita pada Ramadhan berkurangan atau cacat sedikit, maka puasa enam hari di bulan Syawal sebagai menampung kekurangan atau kecacatan itu.

Bagi wanita yang tidak dapat berpuasa penuh pada Ramadhan, maka puasa enam memberi peluang yang baik kepada mereka untuk menggantikannya disamping mendapat pahala puasa sunat.

Ia juga bagi mengelak budaya atau sikap sambil lewa yang melambatkan qada puasa sehingga Ramadhan menjelang tahun depan.

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Siapa berpuasa Ramadhan lantas disambung dengan enam hari pada Syawal makan dia bagaikan berpuasa selama setahun.” (Hadis riwayat al-Bazzar).

Membiasakan puasa selepas Ramadhan memiliki banyak manfaat dan hikmat, antaranya:

Puasa enam hari pada Syawal pelengkap dan penyempurnaan pahala daripada puasa setahun penuh.

Puasa Syawal dan Syaaban bagaikan solat sunat rawatib dan berfungsi sebagai penyempurnaan daripada sebarang kekurangan. Ini kerana pada hari kiamat, perbuatan fardhu akan disempurnakan dengan amalan sunat.

Seperti keterangan Rasulullah s.a.w dalam beberapa riwayat, majoriti puasa fardhu yang dilakukan umat Islam memiliki kekurangan dan ketidaksempurnaan dan ini memerlukan sesuatu bagi menutup atau menyempurnakannya.

Membiasakan puasa selepas Ramadhan menandakan diterimanya puasa Ramadhan.

Segala amalan yang dikerjakan seseorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Allah pada Ramadhan tidak akan terputus dengan berlalunya Ramadhan yang mulia selama mana kita hidup.

Isnin, 20 Oktober 2008

Keutamaan Membangunkan Masjid



"Sesungguhnya kalian memperbanyakkan (pengingkaran pembangunan masjid) padahal saya mendengar Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,' Siapa yang membangunkan masjid - Bukhair berkata, 'Saya menduga bahawa ia berkata, 'Mengharapkan wajah Allah Subhanahu wa Ta'ala, niscaya Allah akan membangunkan masjid serupanya di syurga (Bukhari, muslim)

' Saya mendengar Rasul Allah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Barang siapa membangunkan masjid yang disebutkan padanya nama Allah Subhanahu wa Ta'ala, Nescaya Allah akan membangunkan satu rumah di surga untuknya
(Sahih, riwayat Ibnu Majah)

Kepentingan Niat

Berdasar 2 buah hadis Rasul Allah sebentar tadi,Kita akan dapati kalimat 'Mengharapkan wajah Allah ' dan 'Disebutkan padanya nama Allah '.

Kalimat-kalimat tersebut menunjuKkan barang siapa yang membangunkan masjid hanya kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala sahaja layak untuk mendapatkan ganjaran berupa masjid dan rumah disyurga..Rasul Allah bersabda:

"Segala amal bergantung pada niat dan bagi setiap orang adalah apa yang diniatkan.
(Bukhari,Muslim)

"SesunguhNya Allah tidak memandang kepada wajah dan harta kalian, tetapi Dia memandang kepada hati dan perbuatan kalian. (Muslim)

Atas kefahaman hadis di atas,Kaum muslimin tidak kira kaya atau miskin hendaklah bersama-sama menyumbang mengikut kemampuan masing-masing bagi membangunkan masjid supaya di dalamnya dapat dikumandangkan kebesaran Allah dan hadis-hadis Rasul Allah.

Pada zaman Rasul Allah, 2 golongan ini iaItu golongan kaya dan miskin bersama-sama membina masjid seperti yang diriwayatkan oleh Bukhari, Abu said berkata :

'Kami membawa satu batu bata, satu bata,sedangkan ammar (membawa) dua bata dua bata. Lalu Rasul Allah shallallahu 'alaihi wasallam melihatnya dan membuangka debu dari ammar seraya berkata,'Kasihan Ammar,goloNgan yang zalim akan membunuhnya, ia mengajak mereka ke syurga sedangkan mereka mengajak ke neraka, berkata Ammar 'Aku berlindung kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dari segala fitnah'. (Bukhari)

Mudah-mudahan artikel ini dapat memberi ghairah kepada kita untuk sama-sama membantu untuk membangunkan masjid dan juga apa-apa sahaja perkara yang baik untuk ISLAM, dan semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk melakukan perkara-perkara yang baik dan menghindarkan kita dari perkara perkara yang mungkar dan tidak baik.

Baca dan amalkan bacaan Yaasin

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya..
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan
siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10.Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati
dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya
Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12.Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca
surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama
Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah,
menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan
jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca
Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya.
Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam
kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14.Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua
rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat
kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari
kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi
kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang
meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Sesiapa yang menerima mesej ini tolong forwardkan kepada teman seagama yang
lain.

Untuk renungan semua,

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya
seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah
lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya
Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak
lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan
nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih
berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa
amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata
memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa
amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak
kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja,
malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain..

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia
lain...

Aku Dan Dia..cermin Daaaaaa






Hahahahahaha...anak sapa lah ni...tepi cermin pun nak amik gamba...
saja buat kenang kenangan manatau lepasni dah tak dapat nak nengok cermin yang kiut miut ni lagi...
jadi, selagi bernyawa dan berkesempatan merakam saat indah dan kenangan bersama cermin ini, maka disinilah akan ku abadikan segala memori.

Khamis, 16 Oktober 2008

Cinta Dan Kasih Seorang Suami

Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun

Mereka dikurniakan 4 orang anak ....disinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat .....
tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun.

Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang lidahnyapun sudah tidak mampu digerakkan lagi.

Setiap hari pak suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur.
Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian.

Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan pak suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya,
sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.

Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons ), pak suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.

Rutin ini dilakukan pak suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah.
Pada suatu hari ke empat anak suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing.

Dan pak suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya.

Dengan kalimat yang cukup hati2 anak yang sulung berkata : "Pak kami ingin sekali merawat ibu ... Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu."

Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya .....

"Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila bapak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini ...
kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini... kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian," ujar anaknya yang sulung merayu.

Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak diduga oleh anak-anaknya.

"Anak-anakku. .... jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu.... mungkin bapak akan berkahwin lagi.... tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku... . itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kalian..."
Sejenak kerongkongannya tersekat..." Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta
yang tidak dapat dinilai dengan apapun.Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti Ini ?

Kalian menginginkan bapak bahagia .... Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ?

Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain .......bagaimana dengan ibumu yg masih sakit ?

Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno...Merekapun melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya... Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu...

Sampailah akhirnya pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada pak suyatno...

Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?

Ketika itu pak Suyatno pun menangis.... tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru...

Disitulah pak suyatno bercerita... Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur...

Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya ....Sewaktu dia sihat diapun dengan sabar merawat saya... Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata. .. dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik...

Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah... Dan itu merupakan ujian bagi saya.

Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi dia sakit ... Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.

Dan saya yakin hanya kepada Allah tempatsaya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya...kerana DIA maha Mendengar... .


Kisah yang wajar kita teladani.

KU MERINDU..

Ku merindu,
Merindu cinta yang tulus dari hatimu
Selalu ku impikan hidup bersamamu
Ku kan selalu menanti balasan cintamu

Ku berjanji,
Berjanji mencintaimu sepenuh jiwaku
Ku tak akan mendustakan cinta kekasihku
Agar kau dapat menerima cintaku
Ku selalu, merindu cintamu
Yang selalu ada di jiwaku

Aku tahu kau pun cinta
Tapi malu tuk berkata
Usah kau ragui cintaku
Ku tetap merindu
Aku tahu kau pun cinta
Tapi malu tuk berkata
Ku tunggu jawapan cintamu
Ku tetap merindu
Di saat ini hatiku rindu belaian cinta darimu
Ku harap kau merestui cinta dariku
Yang selalu setia menunggu dirimu…

Rabu, 15 Oktober 2008

UNTUK AMALAN

Surah Al-Mulk -
Surah yang boleh dihafal dan diamalkan sebagai penolong atau penyelamat daripada siksaan kubur dan api neraka.

Surah Al - Fatihah -
Antara fadhilat nya ialah pengamal bacaan ini akan mendapat pahala seperti membaca sepertiga Al-Quran dan sesiapa yang mengamalnya 41 kali selepas solat subuh akan dimakbulkan setiap hajatnya.

Surah Al - Kahfi
Surah ini jika dihafal dan dijadikan amalan maka akan dihindarkan daripada fitnah AL-Dajjal

Jika dihafal sepuluh ayat terakhir, maka akan terhindarlah ia dari fitnah Al Dajjal
Jika dihafal keseluruhan surahnya, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya serta cahaya antara langit dan bumi.
Jika dibaca pada hari jumaat, maka bersinarlah cahaya dari bawah kakinya hingga ke langit dan diampunkan dosanya antara dua jumaat. Ia juga akan dihindarkan daripada segala fitnah selama 8 hari dan jika Dajjal muncul, maka terhindarlah ia daripadanya.

Dan kesedahan bagi pengamal Surah Al KAHFI, MAKA Dijadikan cahaya untuknya di hari kiamat...

Getaran Sanubari

Pejamkanlah matamu
Rasakanlah di jiwa
Mengapakah masih ragu-ragu

Hilangkan segala perasaan
Yang bergelora
Andainya masih ada kerinduan

Lepaskanlah cintamu
Jangan kau hukum asmara
Lupakan saja semalam berlalu
Percayalah kepadaku
Di hati kau yang satu
Biar pun diamuk badai cinta

Mengertilah kasih ku ingin bersamamu
Luahkan saja perasaanmu
Usahlah kau sangsikan nalurimu


Kerlipan bintang di malam itu
Mewarnai hatiku yang pilu
Begitu juga hari-hari seterusnya
Ku tahu kau juga merasakan
Getaran sanubari di dalam
Satu keinginan satu pengharapan

Dekatilah oh kasih
Rasakanlah hangatnya
Gelora perasaan kita
Hulurkanlah kepadaku
Cinta tulus dari hati
Bersama untuk selamanya

Selasa, 14 Oktober 2008

TIPs Rumahtangga BAHAGIA

Tips Rumahtangga Bahagia

Assalammualaikum....

Bagi anda yang bercita-cita untuk membina rumahtangga bahagia dan mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah s.w.t renungkanlah tips berikut : -

1) Anda perlu meletakkan tujuan perkahwinan untuk mencari keredhaan Allah. Naluri untuk berteman dan keinginan kepada anak-anak adalah kehendak semulajadi yang telah diletakkan oleh Allah dalam diri setiap manusia yang normal.

Surah Al-Furqan ayat 74 :-
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikan kami imam bagi orang yang bertaqwa."

2) Anda perlu menyedari bahawa perkahwinan anda dengan orang yang dikasihi itu adalah suatu ketetapan dari Allah. Tanpa restu dan izin yang Maha Berkuasa perkahwinan anda tidak mungkin akan terjadi walau bagaimana besar usaha dan penat lelah yang telah anda lakukan kearahnya. Anda juga perlu menerima hakikat bahawa usia perkahwinan anda terletak di tanganNya, dan Allah berhak mengambilnya pada bila-bila masa yang dikehendakiNya. Sebagai seorang yang beriman dengan qoda' dan qadar Allah anda hendaklah sentiasa berdoa agar jodoh anda dengan pasangan berpanjangan sehingga ke akhir hayat.
Allah berfirman dalam surah Al-An'am ayat 17 :-

"Jika Allah menimpakan satu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka dia maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

3) Perkahwinan membuahkan hak-hak dan tanggungjawab tertentu yang perlu ditunaikan baik oleh suami atau pun isteri. Diantara tanggungjawab suami ialah melunaskan mas kahwin, memberi nafkah zahir dan bathin, mendidik isteri dan anak- anak serta berlaku baik terhadap mereka. Manakala tanggungjawab isteri pula ialah mentaati suami dalam perkara yang tidak berlawanan dengan syara', memelihara diri dari perkara yang mungkar, menjaga harta suami dan menguruskan rumahtangga.

Segala hak dan tanggungjawab ini telah termaktub didalam Al-Qur'an dan sangat bersesuaian dengan tabiat dan fitrah semulajadi manusia. Anda seharusnya melaksanakan segala tanggungjawab ini bukan sekadar untuk menyukakan hati pasangan anda sahaja, sebaliknya kerana mencari keredhaan Allah s.w.t.

4) Sebagai seorang mukmin , sama ada lelaki dan perempuan mestilah meletakkan Allah dan Rasul lebih tinggi daripada segalanya. Firman Allah yang bermaksud :-

"Katakanlah, jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara,isteri-isteri, kaum keluarga kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik." [Surah At Taubah, 24]

Oleh itu anda mestilah memahami kedudukan anda di sisi pasangan. Anda bukanlah pihak yang pertama di hatinya. Bagi suami, selepas ketaatan kepada Allah dan RasulNya, ibubapa jatuh tempat kedua kemudian barulah isteri dan keluarga. Sementara bagi isteri, suami adalah tempat kedua selepas Allah dan RasulNya. Kemudian itu barulah ibubapa. Setelah memahami kedudukan yang ditetapkan oleh Allah, anda seharusnya tolong menolong di antara suami isteri dalam meletakkan hak dan kedudukan ini supaya kena pada tempatnya.

5) Anda haruslah ingat bahawa pasangan anda adalah manusia biasa yang tidak terkecuali daripada kelemahan dan kesilapan. Anda juga demikian. Oleh itu sekiranya pasangan anda melakukan kesilapan, janganlah terlalu diperhitungkan. Sentiasalah mengamalkan sikap bertolak ansur dan saling maaf memaafi antara suami dan isteri.

6) Dalam surah Al-Baqarah ayat 187, Allah menggambarkan hubungan suami isteri sebagai pakaian bagi satu sama lain. Bayangkan bagaimana pentingnya pakaian bagi manusia untuk menghindarkan diri daripada hujan dan panas,begitulah pentingnya anda kepada pasangan anda. Sebagai pakaian anda diperlukan setiap masa oleh pasangan anda untuk menutupi keaibannya dan melindunginya daripada perkara-perkara yang tidak menyenangkan. Oleh itu anda perlulah menjadikan diri anda sebagai pakaian yang terbaik untuknya dan menjauhkan diri daripada menjadi pakaian yang buruk, lusuh dan tidak berguna.

7) Sebagai seorang Islam, telah wujud ikatan persaudaraan Islamiah antara anda dan pasangan sebelum perkahwinan. Ijabkabul bukan sahaja menjadikan anda suami atau isteri malah mengerat dan mengemaskan lagi ikatan persaudaraan ini. Oleh itu kasih sayang tidak hanya berfungsi untuk mengikat suami dan isteri tetapi juga sebagai saudara seiman dan seagama.

8) Anda perlulah beradab dipertemuan pertama dengan pasangan anda. Suami hendaklah memberi salam kepada isteri apabila memasuki bilik pengantin dan meletakkan tangannya di atas ubun-ubun isteri sambil berdoa dengan maksud:-

"Wahai Tuhanku aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau fitrahkan dia atasnya. Dan aku berlindung dengan Mu dari kejahatannya dan kejahatan apa yang Engkau fitrahkan dia atasnya."

Selepas itu pasangan hendaklah bersembahyang sunat dan berdoa kepada Allah agar diberiNya kebaikan dan dijauhiNya kejahatan. Dan jika hendak bersama dengan pasangan bacalah doa dengan maksud:-

"Wahai Tuhanku, jauhkan kami daripada syaitan dan jauhkanlah syaitan daripada anak-anak yang engkau anugerahkan kepada kami."

Pertelingkahan antara suami isteri adalah sesuatu yang biasa terjadi sebagaimana lazim disebutkan 'sedangkan lidah lagi tergigit'. Maka apabila berlaku pergeseran janganlah diperbesarkan. Kalau suami marah seeloknya isteri diam dan kalau isteri marah, giliran suami pula diam. Adalah tidak perlu pasangan yang dimarahi cuba membela diri kerana lazimnya ia tidak membuahkan hasil yang baik. Walau bagaimanapun sesiapa yang marah ini perlulah ingat dan bertanya kenapa aku marah. Adakah pasangan aku telah melakukan mungkar yang bertentangan dengan syariat Allah. Jika tidak, nasihat yang baik adalah lebih berkesan. Hidup saling memaafkan dan saling mengerti antara satu sama lain akan menambahserikan rumah tangga.

Janganlah takut menghadapi dugaan dan ujian kerana rumahtangga yang diuji akan membuatkannya lebih kukuh dan matang jika pasangan bijak mengendalikannya. Sentiasalah berdoa kepada Allah agar mempermudahkan usaha kita dalam melayari kehidupan berumahtangga

Isnin, 13 Oktober 2008

MAKAN.. MAMAM ... MAKAN...

alhamdulillah...syukur nikmat....
sejak minggu lepas..makan..makan..makan..tak sudah sudah....hancur program diet seimbangku...huhuhuhu...nak wat camne...rezeki jangan di tolak...hahahaha.....
kalau perut ni boleh bercakap, pasti dia akan merungut....insaflah wahai tuan badan...
makanlah kamu semasa lapar...berhentilah kamu sebelum kenyang...tapi apa nak buat, manusia biasa..makan mengikut kehendak tekak...selagi leh sumbat....sumbat aje....

MAJLIS KAHWIN

Majlis kahwin wajar tepati syariat Islam, ikut kemampuan
SINONIM dengan musim cuti persekolahan, ramai yang mengambil kesempatan mengadakan walimah atau kenduri kahwin bagi menggambarkan kegembiraan dan kesyukuran apabila bercantum dua hati insan yang dinobatkan sebagai raja sehari dalam ikatan pernikahan.Kemeriahan akan lebih terasa kerana sesuai dengan pengertian walimah itu sendiri yang bermaksud mengadakan suatu majlis makan yang turut mengundang sanak-saudara dan sahabat-handai sama ada dekat atau jauh untuk turut sama menyerikan majlis diadakan.Anas bin Malik dalam hadis diriwayatkan Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah SAW melaksanakan majlis kenduri kahwin dengan seekor kambing untuk isteri-isterinya dan juga untuk Zainab.Jelas daripada mafhum hadis itu bahawa hukum mengadakan walimah atau kenduri perkahwinan adalah diharuskan oleh agama sebagai mengumumkan suatu ikatan pernikahan, tetapi hendaklah mengikut batas ditetapkan syariat Islam.Berdasarkan pandangan Syed Sabaq dalam salah kitabnya, beliau menerangkan bahawa walimah dapat dilaksanakan ketika berlangsungnya akan nikah atau sesudahnya. Ia juga boleh dilangsungkan pada hari perkahwinan (mencampuri isterinya) atau sesudahnya.Hadis diriwayatkan Bukhari menyatakan bahawa Rasulullah SAW mengundang sahabat Baginda untuk menghadiri majlis walimah sesudah Baginda mencampuri isterinya Zainab.Pada kisah Abi Usaid juga didapati walimah yang dilakukan beliau iaitu Rasulullah SAW menghadirinya, Abu Usaid menghidangkan kurma yang disimpan pada malam harinya. Kurma itulah yang dihidangkan kepada tetamu lain yang datang.Ini bermakna, walau jenis makanan apa sekalipun yang ingin dihidangkan pihak keluarga yang mengadakan walimah, itu terpulanglah kepada kemampuan mereka. Pun begitu, dalam mengadakan majlis kenduri kahwin ini, jangan mengadakannya dengan melampau batas syariat.Antaranya menyerlah sikap ingin menunjuk-nunjuk dengan mengadakan kenduri besar-besaran, boros berbelanja hingga memberi kesan kepada keadaan kewangan kemudiannya, melakukan pembaziran dan berhutang semata-mata kerana menurut nafsu serta keinginan yang melampau.Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya orang yang boros itulah saudara syaitan. Syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.” (Surah al-Isra’)Sudah menjadi budaya masyarakat, apabila golongan mewah dan kaya mengadakan kenduri kahwin, jarang sekali mendahulukan orang miskin dan kurang berada sebagai tetamu untuk meraikan majlis berkenaan.Hal ini dijelaskan Rasulullah SAW dalam hadis diriwayatkan Bukhari bermaksud: “Sejelik-jelik makanan ialah makanan dari majlis kenduri kahwin yang hanya dijemput orang kaya saja, orang fakir dan miskin tidak pula diundang untuk makan bersama.”Dari aspek memenuhi tuntutan sebagai orang dijemput untuk menghadiri majlis kenduri kahwin pula, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Jika salah seorang antara kamu dijemput ke majlis perkahwinan, maka hendaklah ia mendatangi majlis itu.” (Hadis riwayat Bukhari)Walau apapun, jika diteliti hadis berkenaan, menghadiri jemputan ke majlis kenduri kahwin adalah dituntut Islam sebagai sunat muaakad. Dalam sebuah kitab tulisan Syed al-Bari menyatakan syarat undangan yang wajib dipenuhi antara lain hendaklah meliputi perkara berikut:- Orang yang mengundang adalah mukallaf, merdeka serta sihat pemikirannya.- Tidak dikhususkan kepada orang kaya saja.- Orang yang mengundang beragama Islam.- Tidak ada kemungkaran pada majlis itu.- Orang yang diundang tidak mengalami keuzuran syarie.Usahlah dicemari majlis perkahwinan dengan perkara yang bercanggah syariat Islam. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, pertuturan keji dan lucah, nyanyian dan tarian melalaikan, senda gurau melampau adalah contoh beberapa situasi sering berlaku pada majlis kenduri kahwin.Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Perbezaan antara majlis perkahwinan yang halal dan haram ialah adanya nyanyian dan pukul rebana.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)Oleh itu, perlu kita menepati kehendak syariat Islam apabila ingin memeriahkan majlis walimah atau kenduri kahwin dengan persembahan hiburan supaya tidak tercemar dengan unsur ditegah agama dan melanggar ketertiban budaya orang Melayu.Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Walimah pada hari pertama adalah suatu hal yang benar. Pada hari kedua adalah suatu perkenalan, sedangkan pada hari ketiga adalah pamer dan mencari kemasyhuran.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)Sesuatu yang tersirat ingin disampaikan Baginda ialah sikap berpada-pada apabila mengadakan majlis kenduri kahwin supaya tidak dipandang serong oleh orang lain. Sentiasa bersederhana dalam melakukan apa juga kerana kesederhanaan itulah dituntut Islam.

ILMU untuk dikongsi

Wajib hadir majlis kenduri kahwin
SOALAN:
Dalam kehidupan bermasyarakat, kita selalu mendapat jemputan kenduri kahwin. Kadang-kadang dalam sehari, dua atau tiga jemputan diterima terutama pada musim cuti sekolah. Apakah hukum menghadiri kenduri kahwin?

JAWAPAN:
Dalam ajaran Islam, menghadiri majlis kenduri perkahwinan, jika dijemput, adalah satu kewajipan. Berdasarkan hadis Rasulullah, kalangan ulama menghuraikan dengan panjang lebar mengenai jenis kenduri dan hukum menghadirinya sama ada wajib, makruh, haram atau harus.Pada umumnya, kenduri terbahagi kepada dua jenis, iaitu kenduri kahwin dan bukan kenduri kahwin seperti kenduri atau jamuan kesyukuran atau jamuan hari raya.Menghadiri jemputan dan undangan kenduri kahwin adalah fardu ain, iaitu wajib ke atas setiap individu yang diundang. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim bermaksud:"Apabila seorang daripada kamu diundang menghadiri kenduri kahwin, maka hendaklah dia menghadirinya."Imam Muslim juga meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: "Seburuk-buruk makanan (hidangan) ialah hidangan walimah (kenduri) yang dijemput orang kaya sahaja, sedangkan orang miskin tidak dijemput. Dan sesiapa tidak memenuhi jemputan (undangan), maka dia menderhakai Allah dan Rasul-Nya."Berdasarkan hadis sahih itu, jelas menunjukkan bahawa menghadiri jemputan dan undangan kenduri perkahwinan hukumnya wajib.Bagaimanapun, kalangan ulama berpendapat bahawa hukum wajib itu bergantung kepada syarat-syarat tertentu.Pertama: Yang menjemput atau mengadakan kenduri perkahwinan itu orang Islam.Kedua: Orang yang dijemput adalah menyeluruh tanpa mengira bulu atau kedudukan, yakni tidak membeza-bezakan yang kaya dan miskin.Ketiga: Jemputan ke majlis perkahwinan itu dibuat secara khusus kepada setiap orang bukan secara umum, sama ada dengan cara menemuinya, melalui kad jemputan atau melantik wakil untuk menjemputnya. Sekiranya jemputan dibuat secara umum seperti berkata atau membuat iklan menjemput penduduk sesuatu tempat itu ke majlis itu, maka tidak wajib menghadiri jemputan berkenaan.Keempat: Pada lahirnya segala perbelanjaan untuk mengadakan majlis itu daripada wang yang halal.Kelima: Tidak terdapat di majlis itu orang yang menyakiti orang yang dijemput.Keenam: Tidak ada di majlis itu sesuatu yang mungkar seperti arak atau majlis tari menari yang haram.Ketujuh: Tidak ada jemputan yang lebih awal daripada itu.Kelapan: Tiada sebarang keuzuran yang menghalangnya hadir.Kesimpulannya, hukumnya wajib atas setiap orang yang mendapat jemputan ke majlis kenduri perkahwinan untuk menghadirinya jika tidak terdapat satu daripada perkara yang bercanggah dan bertentangan dengan syarat-syarat yang disebutkan.Dengan menghadiri jemputan itu, kita dapat mengeratkan hubungan silaturrahim serta dapat menambah serta memupuk kemesraan, kerjasama, bantu membantu dan mengukuhkan perpaduan sesama kita.Kalau dalam sehari ada dua tiga jemputan, seboleh-bolehnya hendaklah menghadiri jemputan itu. Kalau tidak, hendaklah hadir ke majlis jemputan yang lebih awal diterima.

Ahad, 12 Oktober 2008

SEWONOKNYA RAYA....


Syukur Alhamdulillah..Diatas rahmat, nikmat dan izinNYA,kemeriahan dan keindahan raya Aidilfitri semakin terasa sehingga ke hari ini...keseronokkan jelas terpancar di wajah setiap insan yang berkunjung ke rumah saudara mara, sahabat handai, kengkawan rapat dan kenalan baru...

Alhamdulillah, Aidilfitri kali ini lebih baik dari tahun tahun sebelumnya...semoga ukhwah yang di bina terjalin erat dan kekal dunia dan akhirat....

Jumaat, 10 Oktober 2008

KENANGAN 10 OKTOBER 2008

Di Hari Jumaat yang mulia, sempena 10 syawal 1429
BErsamaan 10 OKTOBER 2008, bermulalah perkenalan ku dengan
dunia blog...
alhamdulillah, harapan untuk membuka laman blog sendiri tercapai...
heheheh...saja nak test...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
SALAM LEBARAN BUAT SEMUA


Blogspot Template by Isnaini Dot Com and Mining Industry. Powered by Blogger