Isnin, 31 Mei 2010

Selamat Hari Ibu buat mak dan mak mertua

Kasih nya ibu membawa ke syurga
kasihmu sentiasa ada tak kira dimana KAMI berada
dOA Mu sentiasa untuk kesejahteraan dan kebahagiaan kami
kau sentiasa di hati dan sanubari
terima kasih kerana telah melahirkan kami
membesarkan kami
mendidik kami dengan penuh sabar dan kasih sayang
sentuhan dan belaian manja dari besar tapak tangan hingga kami mendirikan istana bahagia
kau masih jua sentiasa bersama
Kami sayang mak..kami bertuah menjadi anak emak...kami bahagia bersama mu

SELAMAT HARI IBU..
KASIH SAYANG KAMI PADA MAK KEAKHIR USIA KAMI
SEMOGA MAK DAN ABAH SENTIASA BAHAGIA DAN GEMBIRA KEAKHIR HAYAT..

Oh MAK
Kami amat amat menyayangi mu
tidak dapat diucap dan ditunjuk betapa dalam nya kasih dan sayang kami
Terima kasih diatas segalanya
kami tak dapat nak balas
betapa berharga dan tingginya nilai harga pengorbanan dan kasih sayang mu
kasih yang tidak dapat dinilai dengan harga RM
tidak ada dijual di mana mana
Kau insan anugerah Allah yang amat berharga buat Kami
Terima Kasih Emak
semoga Allah sahaja yang dapat membalas segala pengorbanan, kebaikan, serta kasih yang suci darimu itu...
Doaku sentiasa jua bersamamu..

0 ulasan:


Blogspot Template by Isnaini Dot Com and Mining Industry. Powered by Blogger